Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 19, 2013

saya datang dengan suami

assalamualaikum

berhenti solat magrib musafir, langkah kanan dilawa makan sempena sambutan maulidur rasul.

''datang dengan siapa nak?"
"dengan suami, makcik" senyum2 tersipu sipu
"ohh dah kahwin.muda lagi. keje da? suami?"
"baru habis belajar makcik. suami belajar lagi. sekarang tengah tuggu kerja, inshaAllah."
senyum tak perlu kata apa apa
source: Google

semenjak berstatus isteri, pertanyaan seumpama itu sering saja menerjah saya juga suami. saya faham kenapa dan mengapa persoalan itu muncul.  kahwin ketika belajar mungkin kurang terjamin, tak stabil, masih mentah untuk melayari bahtera rumah tangga. sebagai seorang ibu ayah, semestinya mereka mahukan yang terbaik untuk anak anak mereka. terbaik itu subjektif. cuma apa yang penting adalah keyakinan. keyakinan terhadap anak dan bakal menantu. paling penting keyakinan terhadap rezeki dari Allah. 


وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا
"......dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya"
 (Surah Hud, ayat 6).


tapi ini juga terpulang pada individu masing masing. setiap individu mempunyai perancangan yang berbeza. cuma dasarnya mungkin sama, untuk kebahagian dunia dan akhirat. ;)

 inshaAllah

No comments: