Wednesday, September 18, 2013

Terima kasih abang..

assalamualaikum..

kejapnya terasa bagai baru semalam kekasih hatiku menjejakkan kakinya di bumi Malaysia..
ku rasakan sekejap tapi hakikatnya berbulan jasadnya menemaniku..

Abang..
walaupon kita jarang bersama, terpisah dua benua..
memori kita bersama ibarat sudah bertahun2 lamanya..


Abang..
Terima kasih kerana sudi membimbing wanita yang turun naik imannya..
Terima kasih kerana sudi melayan tiap kerenah dan emosi wanita ini..
Terima kasih kerana sentiasa menghabiskan lauk pauk air tangan wanita ini.. (walaupon kadangkala rasa kelaut)
Terima kasih kerana sudi mendengar setiap keluhan dan juga bebelan tiap kali pulang dari kerja..
Terima kasih kerana sentiasa berusaha menunaikan apa yang dipinta dari wanita ini..
Terima kasih abang.. Terima kasih..


Abang..
U are my inspiration..
U are my soul..
U are my everything..

Happy annivessary abang.. Happy 1st year annivessary :')

I love you!

Monday, May 27, 2013

Redha

assalamualaikum

"InshaAllah saya redha"

dalam diam, butir butir airmata menjengah kebumi..
laju bagai berlumba untuk menjuarai pertandingan lumba lari..
titisan demi titisan jatuh. Lambat lambat jemari mengesat. Sayu.

"Ya Allah berikanlah aku kekuatan.. Berikanlah aku ketabahan..Berikanlah aku keikhlasan untuk benar benar redha dengan ketentuanMu ini...." pandangan mata dialihkan menatap keluar. Segan mungkin dengan pandangan orang sekeliling. Takut takut dikatakan telah putus cinta ditinggalkan dek lelaki yang belum tentu akan melafazkan ijab dan qabul.

Hujan renyai renyai sama mengerti rasa hati. Pohon menari kekiri kekanan liuk lentok mengikut rentak sang angin. Kepala dilentokkan ke sisi kerusi. Biarlah airmata ini berjurai laju, biar pergi segala rasa hati. Pergi selama lamanya.

Dalam diam, azam disemat bahkan diikat kuat dengan kata kata sendiri. Jari jemari digenggam kuat tanda janji yang bukan sekadar janji. Ini lebih dari janji.

"Ya Allah, Engkau maha mengetahui apa yang terbaik bagi hambaMu ini. Malah Engkau merancang apa yang terbaik hanya untuk hambaMu. Walaupon aku suka, tapi Engkau lebih arif apa yang dapat membuatkan aku gembira. Walaupon aku benci, Engkau tahu  perkara apa dapat membahagiakan aku.Walaupon aku leka, Engkau tetap memberikan aku peluang. Aku bersyukur atas segala nikmat dan ujian dariMu. Aku mohon padaMu Ya Rahman, kurniakan kami peluang, rasa nikmat yang tidak akan kami sia2kan.Aku mohon Ya Allah. Aku mohon padaMu."

Buat terakhir kalinya, mata dipejam kejap. Erat. Bibir diketap.Rapat. Nafas dihela. Dilepaskan lembut.

"InshaAllah, aku redha dengan perancanganMu. Engkau yang Maha Mengetahui, Ya Rahim"

Airmata kini mari ditukarkan dengan kuntuman senyuman. Senyuman untuk masa hadapan. Pandang kehadapan dengan satu azam yang disemat rapi. InshaAllah.


Tuesday, May 14, 2013

ibu..

assalamualaikum

melindungimu adalah janji ibu
walau nyawa bakal ditaruhkan...

menyayangimu tanpa paksa
makin bercambah mekar rela..

mencintaimu sepenuh jiwa
walau terpisah dua dunia...

Allah, tidak ternilai kasih ibu.. dulu kini dan selamanya..

selamat hari ibu.. buat ibuku dan juga ibu mertuaku..
moga Allah membalas pengorbanan kamu dengan hadiah syurga. amin


anakmu,
Nabilah

Tuesday, February 19, 2013

saya datang dengan suami

assalamualaikum

berhenti solat magrib musafir, langkah kanan dilawa makan sempena sambutan maulidur rasul.

''datang dengan siapa nak?"
"dengan suami, makcik" senyum2 tersipu sipu
"ohh dah kahwin.muda lagi. keje da? suami?"
"baru habis belajar makcik. suami belajar lagi. sekarang tengah tuggu kerja, inshaAllah."
senyum tak perlu kata apa apa
source: Google

semenjak berstatus isteri, pertanyaan seumpama itu sering saja menerjah saya juga suami. saya faham kenapa dan mengapa persoalan itu muncul.  kahwin ketika belajar mungkin kurang terjamin, tak stabil, masih mentah untuk melayari bahtera rumah tangga. sebagai seorang ibu ayah, semestinya mereka mahukan yang terbaik untuk anak anak mereka. terbaik itu subjektif. cuma apa yang penting adalah keyakinan. keyakinan terhadap anak dan bakal menantu. paling penting keyakinan terhadap rezeki dari Allah. 


وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا
"......dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya"
 (Surah Hud, ayat 6).


tapi ini juga terpulang pada individu masing masing. setiap individu mempunyai perancangan yang berbeza. cuma dasarnya mungkin sama, untuk kebahagian dunia dan akhirat. ;)

 inshaAllah